18 February 2011

Perhentian Menunggu Mantan.


Sayang,
Sudah aku khabarkan pada kamu.
Aku akan menunggu sampai akhir waktu.
Sekarang aku bersama mantan lain yang kecundang itu.
Sedang menuju ke perhentian itu.
Di mana kami yang di mantan masih tetap menunggu.
Menunggu cinta dahulu dari kamu.

Sayang,
Sudah berbulan-bulan aku di perhentian itu.
Sahabat mantan lain sudah pun kembali gembira seperti dulu.
Tak kurang juga yang menangis tersedu-sedu.
Ada yang mati di situ.
Sudah tewas untuk tunggu mantan yang mereka mahu.
Kini,
Tinggal aku sendiri di situ.
Masih mahu menunggu kamu.
Walaupun di perhentian itu sekarang hanya ada aku.
Betapa sunyinya hatiku.
Namun untuk kamu aku sanggup begitu.
Duduk seorang diri bersama gambar kamu.
Mata meliar menanti ketibaan kamu.
Bersama pakaian lusuh.
Oh ya, nanti lepas kamu datang baru aku tukar baju.
Sebab nanti kena wangi-wangi depan kamu.

Aku menunggu dan terus menunggu.
Setiap malam aku bersengkang mata.
Takut kamu tiba masa aku sedang lena.
Tapi sampai sekarang kamu belum tiba.
Tapi sampai sekarang kamu belum ada.

Sayang,
Sampai bila harus begitu ?
Kamu memang sudah tidak mahukan aku ya?
Tak apalah.
Aku tetap akan berada di perhentian itu.
Tetap mahu menunggu kamu.
Sampai kamu mahu dan datang kembali padaku.
Walaupun mungkin pada masa itu aku sudah lesu.
Selesuh jiwa aku menunggu kamu.

12 February 2011

Aku lepaskan Kau Sayang :)

Aku lepaskan Kau Sayang :)


Aku takut mahu berbicara.
Aku takut mahu ungkapkan.
Walaupun aku masih belum ada kekuatan.
Walaupun sudah lama aku kau lepaskan.
Dengan segala nikmat kehampaan.
Aku kumpulkan menjadi kekuatan palsu.
Dengan segala nikmat kesakitan.
Aku kepilkan menjadi kekuatan plastik.
Kau tahu ke yang aku tipu kau ?
Aku tipu kau, aku terima permintaan kau untuk putus dengan aku.
Itu semua dusta . Hati aku menangis mengiyakan permintaan kau.
Aku berjimba, bergila untuk cuba lupakan kau.
Sebelum aku lebih parah.
Sebelum aku gila.
Sebelum aku terlupa.
Aku minta maaf.
Halalkan apa yang patut.
Jangan kalut dan jangan takut.
Aku bukan mahu kau kembali dengan aku, itu semua mengarut.
Aku lepaskan kau sekarang.
YA, baru sekarang.
Dengan hati terbuka dan duka.

Kau kerat jiwaku

Sakit Sayang!
Ini sudah terlalu sakit bagi aku.
Kau tak merasa semua itu kan, sebab kau sedang bergembira bersama dia.

Sakit Sayang!
Setiap detik kau di ingatan.
Setiap masa kau bertandang.
Setiap tidurku kau ku mimpikan.
Walaupun kau tak pandang.
Tapi kau tetap datang.
Walaupun kedatanganmu menambahkan kesakitan bila aku bangun.
Tapi aku suka, aku gembira, kau masih wujud dalam mimpi malang itu.

Sakit Sayang!
Aku cuba untuk tidak memandang kau setiap kali kita di temukan.
Aku cuba jadi HIPOKRIT apabila kau aku terlihatkan.

Tapi.
Aku kalah, aku tewas sayang.
Mata aku tetap mahu pandang.
Jiwa aku terus memberontak mahu bersembang.
Hati aku berdegup kencang.
Badan aku lemah bukan kepalang.
Rasa mahu peluk kau di situ juga sayang.
Akan aku katakan betapa aku rindukan seluruh jiwa kau sayang.
Parsetankan mata orang yang memandang.
Yang aku tahu aku cuma mahukan kau! sekarang.!

Sakit Sayang!
Aku tak dapat buat seperti yang si hati dan si jiwa mahukan.
Kalau aku mati sekarang mungkin aku akan selalu bertandang.
Menjadi hantu kecundang menziarahi dan menjaga kau hingga di hitungkan.