26 December 2012

Setan.

Malam-malam begini sepi pula,
Angin kuat semalam juga mati.

Kenapa bisa begitu ?
Mana semua hantu ?
Anjing yang biasa melolong juga siapa yang bunuh ? 

Setan.

25 December 2012

Yellow Superman.

Good Luck !

Itu saja, tak boleh lebih.
Nanti kekasih kau marah.

You,
Ex .

24 December 2012

Hutang.

There's not a single day goes by that I dont think of you shittheart.
The kindness and the love you showed to me in everything you do.

Thanks,
But please waiting on Karma to you pay back my debt.

22 December 2012

Hiatus.

Sewaktu Hiatus,
Aku di ganggu hantu rindu dan benci.

Sudahnya aku kurung hati dalam laci.
Aku mengerti , aku tahu engko sunyi.

Aku ini tuan mu ---
Aku juga mahu dia.
Dan mahu kita sama!

Tapi,
Dia sudah tidak mahu kita, mengerti ?

21 December 2012

Jatuh.

Rasa putus cinta untuk kali yang ke 150 juta,
Dengan orang yang sama --

20 December 2012

Dead soul.

Selamat untuk yang ke - 365 hari,
Sayang.
Dan kau tinggalkan aku telanjang.

18 December 2012

Lihat.

Sayang, aku masih di sini, lihat la aku.
Sadarkan dirimu aku masih menunggu.

12 December 2012

Soalan.

Kenapa masih mahu di tunggu lagi perempuan jatuh dari langit. 
Sedangkan yang sudah lama jatuh itu kau biar dan tak terkutip?

11 December 2012

Perempuan.

Perginya betul betul bikin soul aku,
Mati terkejut di dalam kotak kasut.

04 December 2012

Kubur Benci.

Aku ziarah kubur kau, kubur kita dua.

Kali ini dengan rasa yang berbeza..
--- Aku datang dengan jiwa kosong.

Anjing anjing menyalak sekuat hati.
Di tangan aku berisi kantung benci!

Aku duduk bersila
Korek kubur kita -

Aku --
Tanam kantung benci,
Aku --
Pijak sampai terburai.

Akhir sekali --
Sebelum pergi.

Aku talkinkan ia dengan lagu sedih.

01 December 2012

Hujung.

Hi December !
Pantas betul kau lari tahun ini.

Kau ada bungkuskan aku perempuan tak ?