29 April 2012

' Redha itu kena ikhlas, Edl ! '

Ada seorang kawan.
Nun jauh menuntut di UMT.
Yang agak terserlah kerohaniannya.

Bila aku mula berperkataan celaka.
Maka dia akan kata ' Astaghfirullahalazim ' ..
Bila aku jawab salam salah dia kata ' bukan begitu, tapi begini ... '
' Wa'alaikumsalam. amalkan ye, ramai zaman sekarang yang tak guna '

Alhamdulillah.
Terima kasih kawan ya.

Cuma maaf..
Kau masih belum kenal aku siapa.
Aku cuma manusia yang bersembunyi di sebalik nama.
Berperwatakan seperti seorang lelaki gagah.

Dan ..
Terima kasih atas beberapa perkataan yang buat aku berfikir semula.
Ya, aku sedar yang aku memang salah.
Sebab itu aku masih tak boleh melupakan sejarah.

Kawan..
Kalau aku kecundang akhirnya ..
Kau kena terima juga.
Sesungguhnya aku masih belum bersedia.
Untuk menerima hakikat sebenar benarnya.

Yang redha aku atas pemergiannya ini, bukanlah redha yang ikhlas.

20 April 2012

Loneliness

Ada suatu pagi itu.
Aku bangkit.

Ya Tuhan ..

Kenapa rasa ini masih belum padam.
Makin dibuang makin mendatang.
Serius rasa kehilangan.
Terlalu sakit bila ditinggalkan.

Lebih lebih lagi bila aku masih menunggu keseorangan.
Hari hari berharap dia akan pulang.
Penat kawal perasaan.
Yang memberontak mahukan mantan.

Dan rasa ini memang sudah keterlaluan.

19 April 2012

Rasa ini terlalu biasa

Mata berkaca.
Rasa ini terlalu biasa.
Rindu itu sudah lama.
Masih belum berubah.
Sama.

Alhamdulillah ...
Kesibukan pengubat kecewa.
Benteng untuk layan rindu yang entah apa apa.

Terima kasih pada mereka mereka.
Yang selalu ada.

Rasa kehilangan itu sudah semestinya.
Tapi biarkan saja.
Sepatutnya aku tak perlu manjakan hati dan jiwa.
Tak apa, biarkan saja.

Masih banyak perempuan di dalam almari itu yang belum dijilat.
Sekurang kurangnya dapat hilangkan rasa yang terlalu bangsat.

Jilat sambil berimaginasi ...
Cuma yang celakanya jalan cerita perempuan yang aku jilat itu sama macam yang aku tengah rasa sekarang ini.
Terlalu seksi.

Ah !
Memang setiap orang akan lalui keruntuhan hati.

18 April 2012

Apabila penyapu bertukar menjadi perempuan seksi !

Ini satu hiatus yang panjang buat aku ...

Aku terpaksa tangguhkan semua emosi yang sedang mencelakakan hati.
Aku balutkan setiap serpihan hati dengan kain kapan putih.
Kemudian aku lempar dengan kemas di dalam almari besi.
Kunci dengan sedikit nota kaki ...

' I have died everyday waiting for you '

Hai saudari,

Aku kini pinjam semangat kasanova yang mati bunuh diri.
Yang kau lihat ini bukan lagi si aku yang penjijik pada asap asap gigi.
Kau lihat, betapa semangatnya aku pinjam semangat mereka.
Walaupun pertama kali waktu aku sentuh binatang itu aku rasa bersalah.
Ya bersalah. Bersalah seperti kali pertama aku cium bibir kau secara sengaja.

Oh ya, aku tak tahu kenapa semangat kasanova yang aku guna ini juga turut sama bangang.
Aku tak tahu mungkin sebelum kasanova kasanova ini mati mereka juga ada menaruh hati pada kau, hehehe ...

Dan ...
Mungkin aku perlu kurangkan bercakap pasal kematian hati.
Cerita cerita begini bisa buat perempuan perempuan seksi mengurat aku tak henti.
Rimas, serimas aku lihat muka cerita kisah kejadian dan semua semua pasal Adam Adli.
Konon konon aku ini dilihat sebagai seorang pencinta setia yang misteri.
Ataupun seorang yang bodoh menangis nangis sampai sakit dua tiga tujuh hari.

Puihh !
Propaganda semua ini.
Kalau aku setia masakan aku perlu jadi begini ?
Penyapu mop mak cik pencuci semua aku lihat macam perempuan seksi.
Tapi aku akui, kau lagi seksi dari semua retiss yang ada di Malaysia dan bumi.

Oh jangan marah sayang.
Sebenarnya bukan ini yang ada dalam kepala otak aku tadi.
Entah.
Lain yang di imaginasi lain pula yang di taip oleh jari.
Dan serius, aku betul betul lupa apa yang aku mahu garapkan di sini.

Ah let it be ..
Masa untuk bersengama dengan perempuan imaginasi.
Sebelum itu, aku perlu spraykan sedikit playboy di tengkuk dan di bibir mugil.
Biar perempuan itu nanti rasa ghairah macam aku dengan kau waktu remaja dulu.

Lupakan pasal shampoo Avocado itu.
Aku memang bodoh pasal perkakasan wanita begini.

Ok.
Masa untuk telanjangkan semua minda ..
Opss ..
Kalian masih ada membaca ..
Sudah ..
Mari tutup mata sama sama ..

Selamat menjilat, YA !

09 April 2012

Ada sesuatu yang HILANG

Ya Tuhan ...

Hari hari aku makin kosong.
Setiap minit rasa seperti bohong.
Terkejut terkujat melopong.
Jiwa jiwa ikut rompong.

Kenapa sampai begini sekali sakitnya aku.
Bagaimana bisa aku jadi seperti orang yang tak punya hala tuju.

Sakit ini sudah keterlaluan kawan.
Aku takut aku hilang kewarasan.

Bukan aku tak pernah cuba untuk melupakan.
Bahkan setiap malam aku menadah tangan memohon pada Tuhan.

Ingat kawan ...
Mulut cuma bisa keluarkan ratusan perkataan.
Sedangkan yang ditujukan itu sedang nazak berdarah darahan.
Bagaimana mahu disembuhkan tanpa rawatan ?

Sememangnya aku yang bersalah.
Selalu saja mengundang celaka ...

Biar.
Biar.