18 April 2012

Apabila penyapu bertukar menjadi perempuan seksi !

Ini satu hiatus yang panjang buat aku ...

Aku terpaksa tangguhkan semua emosi yang sedang mencelakakan hati.
Aku balutkan setiap serpihan hati dengan kain kapan putih.
Kemudian aku lempar dengan kemas di dalam almari besi.
Kunci dengan sedikit nota kaki ...

' I have died everyday waiting for you '

Hai saudari,

Aku kini pinjam semangat kasanova yang mati bunuh diri.
Yang kau lihat ini bukan lagi si aku yang penjijik pada asap asap gigi.
Kau lihat, betapa semangatnya aku pinjam semangat mereka.
Walaupun pertama kali waktu aku sentuh binatang itu aku rasa bersalah.
Ya bersalah. Bersalah seperti kali pertama aku cium bibir kau secara sengaja.

Oh ya, aku tak tahu kenapa semangat kasanova yang aku guna ini juga turut sama bangang.
Aku tak tahu mungkin sebelum kasanova kasanova ini mati mereka juga ada menaruh hati pada kau, hehehe ...

Dan ...
Mungkin aku perlu kurangkan bercakap pasal kematian hati.
Cerita cerita begini bisa buat perempuan perempuan seksi mengurat aku tak henti.
Rimas, serimas aku lihat muka cerita kisah kejadian dan semua semua pasal Adam Adli.
Konon konon aku ini dilihat sebagai seorang pencinta setia yang misteri.
Ataupun seorang yang bodoh menangis nangis sampai sakit dua tiga tujuh hari.

Puihh !
Propaganda semua ini.
Kalau aku setia masakan aku perlu jadi begini ?
Penyapu mop mak cik pencuci semua aku lihat macam perempuan seksi.
Tapi aku akui, kau lagi seksi dari semua retiss yang ada di Malaysia dan bumi.

Oh jangan marah sayang.
Sebenarnya bukan ini yang ada dalam kepala otak aku tadi.
Entah.
Lain yang di imaginasi lain pula yang di taip oleh jari.
Dan serius, aku betul betul lupa apa yang aku mahu garapkan di sini.

Ah let it be ..
Masa untuk bersengama dengan perempuan imaginasi.
Sebelum itu, aku perlu spraykan sedikit playboy di tengkuk dan di bibir mugil.
Biar perempuan itu nanti rasa ghairah macam aku dengan kau waktu remaja dulu.

Lupakan pasal shampoo Avocado itu.
Aku memang bodoh pasal perkakasan wanita begini.

Ok.
Masa untuk telanjangkan semua minda ..
Opss ..
Kalian masih ada membaca ..
Sudah ..
Mari tutup mata sama sama ..

Selamat menjilat, YA !

No comments: