
Oleh sebab sudah pukul lima.
Aku masih tak lena-lena.
Keluar ilham tentang mereka.
Aku tinggalkan title lelaki tak berhalkum di entri lama.
Sekarang aku guna rambut pacak berskirt mini pula
Gila bangang pepagi buta tak dapat pejam mata.
Maka mari mulakan bicara.
Mengikut apa yang aku baca.
Melalui apa yang aku rasa.
Menerusi apa yang aku dengar di telinga.
Mereka semakin berleluasa.
Banyak cerita keluar di media.
Masalahnya.
Yang di war-warkan itu semua cerita menjatuhkan nama.
Semua berita tak sedap halwa pancaindera.
Yang buruk sentiasa jadi muka surat utama.
Kenapa begitu berat sebelah media kita ?
Persepsi pembaca seperti biasa.
Akan telan bulat-bulat tanpa kunyah.
Itu cuma segelintir mereka.
Masakan semua benafsu sedemikian rupa.
Kasihan mereka yang tak bersalah turut di pandang hina.