10 January 2012

Kesakitan Disember

Hujung tahun yang sarat dengan masalah.
Kerja kerja masih menghantui minda.
Poket rabak , tabung dikorek sampai kosong dalamnya.
Tak kurang juga fikirkan mereka yang sedang bermasam muka.

Ya Allah.

Sepertinya aku perlu gantungkan bantal busuk di sudut bilik aku.
Ikan guna tali kasut yang abah aku hadiahkan tahun lalu.
Tumbuk! tumbuk! dan tumbuk! Sampai koyak!
Biar terburai isi isi di dalamnya.
Kalau di ikutkan hati.
Mahu saja di tumbuk almari besi merah putih itu.
Hentak hentak kepala sampai terkeluar satu satu masalah.

Tapi ...
Tentu sakit.
Berdarah sini sana.

Ah,
Tak mahu lah.
Buat apa berdarah darahan hanya kerna mereka ?
Yang berfikir sok guna akal pendek macam celaka.
Yang cuma tahu menunding jari bila adanya masalah.

Penatlah macam ni !
Kalau asyik di fikirkan orang sampai bila ?

Tak apalah.
Buat apa yang kalian suka.
Sepertinya dulu dulu aku boleh saja hidup tanpa kalian semua.
Cuma sedikit terkilan ya.
Dua kali benda begini terjadi tapi orang yang beza.

Hey ingat !
Cinta itu boleh membutakan semua.
Dan sebab cinta itu juga. persahabatan boleh jadi sampah.