31 May 2012

Tikam Aku Guna Ayam

Kau pernah rasa bila kau tahan air mata dari jatuh,
Kemudian air mata turun keluar dari hidung ?
Bangang. Bukan hingus.

Aku sengaja cari nahas.
Aku pasang semula kenangan aku dengan dia dalam kepala.
Sebab aku langsung tak boleh menulis walaupun aku paksa.

Nah lihat.
Ayat aku semakin menurun ke bawah.

Tuhan itu maha adil ya ?
DIA beri aku cukup rasa.

Melilit lilit tahan kecewa.
Berendam air mata darah.

Waktu bahagia dulu kemain tak ingat dunia.
Ai Lebiyu
Ai Lebiyu To.

Kahkahkah !

Serius dari sisa sisa hati aku yang masih melekat.
Aku penat.

Nah ayam.
Tolong siapa siapa yang baca, tikam aku sekarang.

Oi.
Ayam itu aku kasi bukan untuk kau makan, tapi tikam aku la doh !

21 May 2012

Ai miseyu.

Rindu,
Ratusan hari silih berganti.

Rindu,
Aku mohon tolong putus asa. tolong lah.

I'm begging you !

19 May 2012

JALANG

Hidup ?
Semakin hancur.

Kosong.
Terpesong.
Gersang.

Membohong.
Mencari perempuan lorong.

Menyuntik.
Menghisap.
Menjilat.

Biadap.
Rutin yang dasyat.
Terus terusan hidup sesat.

Bau hanyir.
Busuk menusuk.
Jasad berbangkai.

Kedengaran bunyi mengerang.
Jasad berbaring sebelah tong.
Bertelanjang kesejukan.

Sedang minta simpati manusia yang sedang bercumbuan di depan.

07 May 2012

Liar


Neraka sedang bakar aku.
Benteng kemarahan mula runtuh.

Syaitan mula bermaharajalela menghasut.
Menjadi tali barut.
Menambahkan lagi parut.

Membisik.
Membusuk busuk.
Menyucuk nyucuk.

Apa kau fikir aku akan pergi begitu ?

Aku tunggu.
Aku mahu lihat siapa sebenarnya penipu dan yang tertipu !

Sigaret II

Tak usah persoalkan aku.
Kau tak tahu betapa hancurnya aku.
Runtuhnya segala tembok jijik pada semua benda itu.
Jangan ingat aku ambil sebab aku mahu.

Tidak.

Ada sebab aku buat begitu.
Aku mahu lihat sesuatu.
Benda yang kau pernah buat pada dia dulu!
Aku juga mahu rasa kau buat begitu pada aku.

Kecil hati aku.
Kau cuma mampu membebel di situ.
Kau tak cuba pujuk aku.
Halang aku lagi dan lagi !
Kau biarkan aku telan semua tu hari hari.

Kau tak !!!

Maaf , aku penat diperbodohkan perempuan.
Dan kau satu satunya yang pernah buat aku secelaka begini.

Semoga manusia yang kau cintakan yang kau rindukan hari hari.
Itu, adalah manusia yang boleh jaga kau sesempurna yang kau cari.

Berbahagialah,
Dan sekarang aku juga boleh kata ; semua perempuan sama ! '

Ya.
Untuk yang kedua kali.
Buat kau yang pernah aku cintai.
Walaupun sudah lama kau pergi.

Berbahagialah dengan manusia pujaan hati yang kau pilih.

Jaga diri :')

05 May 2012

KARMA

Sedih.

Dahulu aku kau puja.
Kau cinta sampai kecewa.
Kau suka sampai putus asa.

Kini.

Aku kau persia.
Kau biar merana.
Kau senyap beribu bahasa.
Kau tinggalkan dengan air mata darah.
Kau bunuh dengan jaya.

Terima kasih.
Kerna kau juga , aku rasa apa itu KARMA.

04 May 2012

Puas ?


Aku terlambat untuk menyelamat.

Penat.

Di hidang lagi dengan khianat.
Benci menjadi semakin kelat.
Kekecewaan membuak buak, pekat.

Marah dengan diri sendiri.
Ah EDL, pergi mampus !

Tak usah jaga hati aku !
Hati aku sudah lama hancur, mati, ranap, bangkai !

Terima kasih, bunuh aku lagi :')

01 May 2012

Bangsat II

Sudah,

Manusia yang suka berayat bangsat memang tidak layak untuk mendapat tempat.
Aku sadar akan segala ayat ayat bangsat yang aku kerat.
Terlalu jahanam untuk difaham.
Dan aku tak perlukan kau untuk faham dan cuba faham.
Aku sadar akan ketentuan.

Jauhi aku.

Aku takut dengan perempuan.