25 June 2012

Tenang

Alhamdulillah,

Terima kasih Tuhan.
Walau rasa itu tak banyak yang Engkau buangkan.

Tak apa,
Aku kayuh pelan pelan.

Tapi setakat Jun ini,
Aku mampu jadi manusia siuman.

22 June 2012

Hati Kering

Aku letih menanti bahagia.

Sungguh,
Aku masih mengharap dia.

Dan ..
Sepatutnya semalam dia ada dalam dakapan aku, tapi tidak !

Aku sakit bila bangkit, mimpi mimpi itu semuanya penipu !
Bantal bantal itu juga penipu, sama sama kenakan aku.

Hati kering aku makin menjadi jadi.

Mana taknya,

Cintanya pernah buat aku kepanasan di antartika.
Rindukannya bisa buat aku mati kesejukan di sahara.

Ya Allah.
Rasakan sedikit rindu aku ini pada dia.
Moga moga tiada lagi tulisan berangsara sedih.

17 June 2012

Usang

Malam ini dan malam yang sudah sudah.
Aku masih sama, masih jadi manusia buta.

Satu satu air mata jatuh membasahi dunia.

Pertama sekali, aku menangis sebab aku rindu.
Kemudian, aku menangis sebab aku benci diri aku.

Terlalu bodoh.
Lurus bahalul.
Degil tolol.
Sial.

Hati,
Sudah sayang.
Lepaskan dia.

15 June 2012

Jauh

Sayang,

Bukan kau ke yang dahulunya kata cinta sama aku ?
Kau mengaku dengan bersungguh sungguh,
yang kau suka sama aku ?

Tahun demi tahun berlalu.
Dan satu hari, aku terima kau.

Aku fikir.
Kau lebih faham akan aku.

Lepas itu kau pergi.
Kau tinggalkan aku begitu.

Sayang,
Kau mahu tahu sesuatu ?

Menyesal aku terima kamu.
Kerna lepas dari itu, kita semakin jauh.

Jauh.

13 June 2012

...

Kau tahu ?

Eh kau tak tahu.
Tadi aku terlihat sesuatu.

Aku malu.
Aku malu post banyak kali dekat wall aku.

Aku tahu.
Semua sudah jelik, bosan, meluat dengan semua itu.

Tolong.
Jangan biar aku tulis dengan benci, nanti isinya maki.

Al Mawt

Selepas ini,
Aku tak sepatutnya menghayati setiap watak dalam sesebuah buku itu melebih lebih.
Aku kena baca macam manusia normal yang lain.
Lepas baca, simpan dan lupakan.
Tak perlu terlalu emo, macam pondan. baca macam perempuan.
Tak perlu berangan mahu miliki dia yang berwatak sedemikian.

Nanti begini lah jadinya. terus tak ketentuan.  

Al Fatihah, Mira.

Mantan

Aku berdiri , berjalan , lalu berlari..
Aku terjatuh, tersungkur cium bumi

Aku gagahkan diri, bangun sendiri, walau tanpa kau di sisi.
Dan aku sedar akan sesuatu , luka lama berdarah kembali.

( Tak mudah untuk melupakan, kerna dia mantan. bukan anak jiran )

Hati merintih

Baca buku dalam keadaan rindu memang celaka.
Lain dibaca lain yang di imaginasi kepala.

Mulut terkumat kamit membaca.
Mata fokus bertenaga.
Tapi hati menangis tak bernada.

Aduhai hati.
Aku bukan mahu menyeksa kau dari semua ini.
Dan bukan aku tak cuba untuk lari membawa diri.
Sudah, hari hari aku merayu suruh pergi.
Sampai aku letih. hampir mati.

Ah !
Rindu ini memang sukar untuk dimengerti.
Dan semua perasaan yang menganggu ini memang babi.

Kesian hati.

12 June 2012

Emosialnal

Aku kini mati dimakan emosi.
Terpekik terlolong rindu membelah hati.

Neurosis bercangkung.
Enigma berkangkang.

Dengan muka tak malu, masing masing menghadap aku.

Shhhhhhhhhut ..
Aku sedang dikerjakan oleh mereka. kau ada lihat darah ?

10 June 2012

Fasa Fasa Kecewa

Sayang Ku.

Menangis putus cinta itu sama macam ketawa masa bahagia.
Sakit putus cinta itu sama macam bahagia semasa bersama !

Dan sekarang sayang ku ,

Aku sedang melalui fasa fasa itu.
Fasa di mana kau tinggalkan aku.

Aku menangis menahan kecewa.
Aku bertarung dengan sakit di celaka.

Enak sayang ku.
Rugi kau tak merasa.

02 June 2012

Jalan Kosong

Menemui jalan kosong.

Apa benar cuma aku saja di sini ?
Mana mereka yang lainnya ?
Yang dulunya juga menunggu sama dengan aku ?

Yang sama sama menangis.
Yang sama sama kesejukan, kebasahan di jilat embun.
Yang sama sama busuk, berlalat, berulat, bersingat di makan hari.
Mana mereka semuanya ?

Wahai jalan kosong.

Kau kenapa ?
Sudah jadi bisu juga ?
Jawablah pertanyaan aku. Jawablah !

Rindu #1

Sayang ,
Kau lihat apa yang kau dah tinggalkan pada aku.

Aku sedang cabut rindu.
Aku masukkan mereka dalam kotak kasut aku, satu satu.

Hati #1

Kesian hati.
Aku kurungkan dia dalam almari besi dan aku kunci.
Tadi aku dengar bunyi esakan kecil dari dalam almari.

Maaf hati.
Aku juga sedih.
Tapi aku terpaksa. Dia sudah tidak mahu aku lagi.

Kau sabar ya !

01 June 2012

Bunuh Rasa Ini

Rindu itu jahat.

Dia tak suka lihat manusia gembira.
Rutinnya buli manusia yang berhati tisu muka.
Yang kononnya gagah dan tabah.
Akhirnya berair mata juga.

Rindu itu kejam.

Manusia itu tadinya terbahak bahak kegembiraan.
Bila manusia itu duduk sendirian, rindu datang heret kenangan.
Tersengih sengih minta pelempang.

Rindu itu nakal.

Mainannya cuma sebiji emosi.
Sisa sisa kenangan ditiup semula ke dalam jiwa manusia seksi.

Manusia terus tak keruan.
Manusia korek hati, suruh bertahan.
Manusia tahan air mata guna gam.
Manusia cucuk kepala biar hilang ingatan.

Akhirnya ada manusia yang terus begini.
Seorang diri, takut untuk ke depan mencari.
Sambil tangan tahan hati.