31 January 2013

Plan B.

Hello Februari ?

Kemonlah beb, tolong berani sikit. jangan jadi ranap macam Januari!
Perempuan di atas langit tak akan jatuh bergolek kalau kita tak jolok.

Ayuh,

Cari kayu!

Tapi, 

Kalau tak jumpa kayu penjolok, aku nak guna lastik.
Maksud aku, kita lastik perempuan tu sampai jatuh!

24 January 2013

Sesat di jalan terang II.

Aku sendiri pun rindu diri aku yang dulu.

Sunyi aku ni, dah makan aku.
Aku benci jadi macam begini.

Maafkan aku.

17 January 2013

Hilang.

Aku benci lihat benda bodoh yang tak sepatutnya terjadi dalam hidup aku.

Semalam, aku ketawa dan hampir menangis sebab rindu --
Rupanya bila aku kehilangan kau, aku juga akan hilang aku.

15 January 2013

Pasrah.

Di pembaringan ini,
Aku mematikan diri.

Di biar darah rindu mengalir habis -
Dan menangis kontang tanpa belas.

Sesungguhnya dia bukan untuk ku.

12 January 2013

Rindu.

Sampai tiba satu tahap, kau rasa penat.
Penat tipu hati sendiri .

Tuhan,
Aku rindu dia. tolong jagakan hatinya !

10 January 2013

Sunyi.

Aku harap ada perempuan yang rela panjat langit sekarang,
dan terjun.

Aku akan sambut di bawah dengan berahi yang mencanak !

06 January 2013

A thousand years.

Sedikit sebak ,
Hampir terjun katil sebab tersedih.

Barangkali kerna aku paku lagu ini,
Bersama memorinya dia di dinding.

Setahun sudah masa berlalu,
''A thousand years'' aku perlu.

Tunggu, sampai jasadku kaku.

05 January 2013

Biar aku.

Amboi,
Lain macam aje rindu malam ini.

Baca nama kau aje sudah bisa bikin hati aku merintih.
Apatah lagi dengar lagu lagu kau di youtube sana hah.

Janganlah marah aku sebab tak reti nak lupakan kau.

Aku rindu, aku diam aje kan ?
Pernah aku bilang sama kau ?
Lainlah kalau kau curi curi masuk sini, baca sembunyi.

Tak apa.
Aku suka cara kau yang sekarang ini, yang tak peduli.
Kalau mahu tunggu kau peduli, tunggu ada mende la.

Macam itu hari,
Bayangkan aje betapa gembiranya hati itu hari,
bila dapat mesej kau walaupun berbunyi maki .

Sayang, hati aku ini kalau sudah namanya rindu,
biar kau kasi mesej maki berkali kali tetap aje dibacanya wangi !

04 January 2013

Balakarma.

Mahu yang tak mahu,
Tak mahu yang mahu.

Merindukan perempuan yang tak mahu..
Dan membiarkan perempuan yang mahu.

Errrr, Ini bala.
Atau karma ?

03 January 2013

Air mata.

Masih jatuh untuk perempuan yang sama di tahun 2012.

Sungguh,
Tak tipu.