29 October 2013

Harapan.

Seorang manusia yang hidupnya tanpa Harapan hari ini, tidak la akan mati esok harinya kecuali jika ajalnya sudah tiba.

Atau mungkin juga Harapan itu yang membunuh manusia, sebenarnya ?

Manusia mati dibunuh Harapan .


27 October 2013

God bless.

Nampaknya aku masih belum bisa lari daripada untuk tidak menulis tentang perempuan-perempuan manis yang melanggari janji.

Perempuan-perempuan prejudis yang bisa membohongi sesiapa pun yang pernah hadir di dalam pusingan kesengsaraan mereka.

Semoga Tuhan merahmati, kalian.

22 October 2013

Kau, mahu tahu ?

Sebenarnya, masih ada cinta di dalam hatinya tetapi dia berusaha untuk tidak lagi menjahanamkan perasaannya sendiri.

Kerana dia tahu ;
Kamu yang seperti dulu tak akan pernah kembali.
Kerana dia tahu ;
Kamu yang seperti dulu sudah lama mati.

06 October 2013

F

Mungkin aku patut betul - betul berhenti.
Berhenti daripada buat perkara - perkara yang aku suka.
Atau, mungkin juga aku sudah hilang akal.
Atau mungkin juga kerna aku sudah gagal.

6 hari;
Perasaan itu datang kembali,
Dan seorang aku tewas lagi.