20 June 2023

Au revoir

Mungkin nanti akan menjadi pertemuan terakhir kita yang paling panjang,

Aku hanya insan lemah yang takutkan perpisahan,

Terima kasih untuk semua kenangan.

Selepas itu, aku harap Tuhan tak temukan kita lagi walaupun secara kebetulan.


29 November 2019

Salam rindu

Daripada diri sendiri kepada diri sendiri.

Ini adalah sisa-sisa tulisan yang telah aku padam dulu dan hanya ini yang berjaya aku selamatkan.

"Aku teringin nak belikan hadiah mahal seperti orang lain tapi aku tak mampu. Aku ingat lagi masa nak cari jam dengan bajet bawah rm50, jam yang tak ada kotak sedangkan orang lain hadiahkan jam harga rm150. Walaupun lepas daripada tu aku terpaksa ikat perut tapi aku tak menyesal, aku ikhlas, aku cuma malu dan rasa tak guna sebab tak mampu beli hadiah..."

 " My heart breaks and falls apart each time, to know how I'm still left unwanted by others. I'm supposed to be strong right ? I'm supposed to have learned how to handle this, but I can't. What if, I'm never good enough for anyone ? Somehow I just can't stop thinking that everybody would be so much better without me. I just can't do this anymore. I don't know why I have to stay alive if I'm going to live forever sad. I'm tired. I can't express enough how much I absolutely hate my life. Sometimes I just wish I weren't alive. Being lonely is the most horrible feeling in the world." 

"Dulu setengah mati jugak la aku nak cuba hadap kecewa ni sorang-sorang. Hari berganti hari, sampai nak dekat setahun ni aku cuba jugak dan Alhamdulillah sakit dia tak seteruk masa mula-mula dulu. Tapi sejak akhir-akhir ni dia datang semula tegur aku. Aku tahu dia datang sebab nak sampaikan sesuatu. Aku anggap ni ujian dari Tuhan sama ada aku dah move on dari dia atau belum. Yang peliknya aku tak rasa gembira dengan perubahan ni malah sedikit marah. Aku marah sebab dia pergi macam tu je, dia tak tahu macam mana sukarnya hari aku tanpa dia. Selamat jalan perempuan salah yan..."

"Merindui dia yang sepatutnya dah lama aku tinggalkan, seperti dia yang pergi tanpa apa-apa pesan. Hari ini aku letih, letih hadap semua ni berseorangan. Nak diluah takut membebankan, bila dipendam makan dalam. Sengaja aku sibukkan diri setiap hari agar aku lupa untuk mengingatinya tapi dia tidak pernah lupa untuk menggangu aku. Dia akan muncul beberapa minit sebelum tidur, automatis semua kenangan manis terpancul dari kotak memori. Seperti malam ini, aku tulis ini karena aku merindui dirinya, kebaikannya dan bahasa tubuhnya."

Aku dapat rasakan masa tu sehingga aku sendiri pun tak mampu nak memujuk diri aku sendiri tapi pernah tak kau terfikir yang dia akan datang semula satu hari nanti ?

05 November 2019

Saya sudah letih.

Saya sudah letih,
Hidup di dalam dunia sendiri,
Menahan sakitnya patah hati,
Tak siapa mengerti, Tak siapa peduli,
Manusia kecil di dunia yang penuh duri,

Saya sudah letih,
Perasaan sunyi sering menghantui,
Pernah terfikir untuk membunuh diri,
Kerna mungkin dengan mati, 
semuanya akan selesai.

Saya sudah letih, izinkan saya pergi.

03 November 2019

Tolong selamatkan saya.

Nampaknya saya kembali lagi ke sini, mungkin kerna ini saja platform yang tinggal untuk saya luahkan apa yang menganggu jiwa dan fikiran saya.

Kalian pernah rasa punya banyak masalah tapi tidak tahu masalah apa ?

Ia menjadi semakin rumit bila setiap malam saya akan menangis dan terus tidur dengan harapan masalah itu akan berhenti menganggu hidup saya atau dalam bahasa lainnya "saya sudah letih dan malas nak fikir".

Semasa saya menulis ini, jauh di sudut hati kecil saya, berharap ada yang datang menyelamatkan saya.

30 December 2016

Airport duka.

Ritual biasa sebelum muka surat terakhir/2016.

Tahun ni paling sukar nak hadap.

Awal bulan November yang lalu cukup setahun dia pergi. Kali terakhir aku memeluk erat tubuhnya ketika dia menghantarku pulang. Pintu utama balai berlepas menjadi saksi terakhir, dia mengucup pipiku penuh makna kemudian pergi tanpa menoleh ke belakang.

Aku tahu, ini pasti yang terakhir.

Masihku ingat lagi kali pertama kami berkenalan, dia menunggu ketibaanku tengah malam sendirian bersandar pada dinding klia. Aku tidak menyapanya terus malah memerhatikan telatahnya dari jauh. Dia menemaniku malam itu sehingga pagi sebelum aku berlepas semula ke Alor star.

Airport bukan lagi sesuatu yang mengembirakan bagiku. Kenangannya begitu kuat melekat di kepalaku.

07 March 2016

04 March 2016

Aku ini apa ?

Apa aku ini tempat untuk mengisi sunyi sementara dia balikan pada yang lama kemudian aku di tinggal pergi ?

27 February 2016

Help yourself.

Sejak beberapa tahun lepas aku belajar tentang nobody can help you but yourself. Belajar jadi manusia, bantu diri sendiri, bangun dari kejatuhan, jangan putus asa dan perempuan salah yang jatuh dari langit. Aku rasa tu je la yang aku nak cakap sebab sampai saat ni pun aku masih tak tahu macam mana nak mulai.

08 February 2016

Februari,

8 hari di bulan februari,
Saya menjadi manusia yang terlalu jujur, saya sering mengaku rindu tanpa rasa malu.

Dia sering bermain di kotak kenangan saya, semuanya mengingatkan saya kepada dia.

It's been a while but I still feel the same.

04 January 2016

Bernama apakah fasa ini ?

Dua bulan kebelakangan ini saya terpaksa bangun dengan perasaan yang sukar.

Hati saya sering berperilaku aneh.
Saya tidak bisa memujuknya lagi.

Saya sering mengelamun ketika tengah drive, saya bisa menangis tiba-tiba, hati saya tidak tenteram.

Saya tidak tahu bernama apakah fasa ini, tapi saya sudah benar-benar letih.

26 November 2015

Trust me.

Mulai hari ni kalau kau tak bantu diri kau sendiri untuk bangun, sampai satu masa nanti kau akan menyesal sendiri.

Kawan-kawan lain bukan tak pernah cuba bagi nasihat, bagi kata-kata semangat tapi kalau kau pun tak mampu nak bantu diri kau sendiri, kawal patah hati dan jiwa yang memberontak maka kau akan jadi manusia yang gagal selamanya. 

19 November 2015

Pura-pura.

Akan tiba satu masa yang kita tak lagi rapat seperti dulu.
Tanpa sebab dan alasan basi, kau akan perlahan-lahan pergi dan menjauh.
Kita pura-pura seperti tiada apa yang berlaku.

Pada masa itu, manusia yang paling terseksa jiwanya ialah aku.

18 November 2015

IDK

My mind keep asking the same question over and over and over.

17 November 2015

Aku, kau, kita.

Aku masih bisa bertahan berteman memori semalam.
Kau kini menjadi duri yang menusuk di hati.
Dan kita adalah layang-layang yang hampir kehabisan benangnya.

13 November 2015

Anoda goodbye.

Bersiap sedia untuk satu lagi kehilangan, sama ada suka atau tidak.

Aku dah kata jangan terlalu sayang, nanti sakit.
Padan muka.

10 November 2015

Aku dah biasa macam ni.

Aku tak banyak benda nak cakap sebenarnya tapi aku ada satu perasaan yang mampu merosakkan hari-hari aku kalau tak diluah.
Aku tahu, kau mesti faham macam mana rasanya bila orang yang kau sayang makin menjauh dari hidup kau kan ?
Kadang-kadang bila dia balas mesej pun kau boleh rasa macam dia terpaksa dan kesiankan kau.
Wtf.
Aku tak suka orang sayang aku sebab kesian.
No need.
Aku dah biasa macam ni.

26 May 2015

The Lonely

2am,
Where do I begin,
Crying off my face again,
The silent sound of loneliness,
Wants to follow me to bed.

17 May 2015

Pokok Air Mata

Malam ini tidak seperti hari-hari biasa,
Kelopak matanya dirembesi air mata,
Kelihatan matanya berkaca,

Sesekali air mata yang jatuh itu disekanya.

16 May 2015

Segunung sunyi.

Semalam sunyi datang kepadaku,
tapi kali ini sedikit kekok dan malu-malu.
Tidak banyak yang kami bicarakan,
sekadar bertanya khabar dan berbual kosong.

Sunyi tidak banyak berubah,
masih sama.
Sentiasa datang tanpa dipinta.
Tidak akan pergi jika belum bersedia.

Sedang aku leka, sunyi tanya tentang bahagia.

Di mana bahagia yang kau canang dulu ?
Hingga aku pun bisa kau buang jauh.
Di mana dia wahai sahabatku ?

Aku hanya mampu tertunduk sayu.
Jika aku masih bersama bahagia sekarang, mungkin kau tak akan jumpa aku hari ini.

14 May 2015

My patience has a limit.

Aku takut esok lusa tembok kesabaran yang dipicu oleh arogansi ini akan runtuh dan mengalirkan api amarah yang akan membakar segala rasa percaya terhadap seseorang lantas meranapkan ambisi yang selama ini penuh senda gurau dan kasih sayang yang tertumpah-tumpah.