28 June 2011

Pemain Terhebat !

Kau kekasih kekasih yang aku kagumi.
Terima kasih atas cinta bersegi segi.
Hebat.
Belum pernah aku rasakan berkongsi hati.
Berkongsi kasih dengan kekasih kekasih.
Nikmat.
Kau belah hati kau untuk kami.
Sekarang kau hampir mati.
Terkapai kapai minta di simpati.
Aku kembali.
Hulur tangan kiri.
Untuk kau genggami.

Tapi.
Kau tidak hargai.
Dan baru aku tahu kini.
Cuma hanya bila kau hampir mati.
Baru kau datang mencari.
Aku aku yang bodoh ini.

HAH!
Pergi jahanam.
Untuk yang kesekian kali.

02 June 2011

Sesat di jalan terang.

Jalan.
Di sirami cahaya siang.
Heret beg sandang.
Di jeling.
Di pandang.

Dia yang song sang.
Mata mata yang menerkam.
Mulut terkumat kamit penuh hinaan.
Ayat berbaur bangkai pondan.
Di biarkan tanpa kasihan.

Selalu salah.
Jari di hala ke muka.
Keburukan sentiasa di huru hara.
Kebaikan tak di pandang mulia.

Kerana di kepala masyarakat buta.
Kau hina.
Tidak layak di puji puja.
Tempat kau di sana.
Bersama orang orang gila.
Setaraf peminta sedekah.

Hey.
Kau sedarlah.
Sekali kau berubah.
Kau tetap buruk di mata.
Kau tetap cacat di celah.
Pada mereka.

01 June 2011

Aku telanjang, Kau menang !



Sakit.
Sakit gila.

Mungkin kau tak merasa.
Bagaimana seksanya pujuk jiwa.
Betapa lamanya ubat luka.

---

Seperti apa aku sekarang.
Terhuyung hayang.
Rupa seindah longkang.
Genggam parang.
Muka bengang.
Otak bangang.

Di sepak terajang.
Di lihat sama anjing.
Di kencing.

Malang.
Aku tidak layak di pandang.
Jalan telanjang.
Bertopeng.
Macam jalang.

Itu aku sayang.
Yang kau buang.
Tahniah.
Kau menang !

07 May 2011

Rambut pacak bermini skirt.

- pink-

Oleh sebab sudah pukul lima.
Aku masih tak lena-lena.
Keluar ilham tentang mereka.

Aku tinggalkan title lelaki tak berhalkum di entri lama.
Sekarang aku guna rambut pacak berskirt mini pula
Gila bangang pepagi buta tak dapat pejam mata.
Maka mari mulakan bicara.

Mengikut apa yang aku baca.
Melalui apa yang aku rasa.
Menerusi apa yang aku dengar di telinga.
Mereka semakin berleluasa.
Banyak cerita keluar di media.

Masalahnya.
Yang di war-warkan itu semua cerita menjatuhkan nama.
Semua berita tak sedap halwa pancaindera.
Yang buruk sentiasa jadi muka surat utama.
Kenapa begitu berat sebelah media kita ?

Persepsi pembaca seperti biasa.
Akan telan bulat-bulat tanpa kunyah.
Itu cuma segelintir mereka.
Masakan semua benafsu sedemikian rupa.
Kasihan mereka yang tak bersalah turut di pandang hina.

07 April 2011

Dia lelaki tak.


Dia lelaki tak berhalkum.
Dirinya seperti di hukum.

Hidupnya terus di keji dan di maki hamun.
Jalannya sentiasa di jeling bingung.

Kewujudannya sejak bekurun tahun.
Cuma dunia kini menjadikannya lebih kacak dan anggun.

...

Rambutnya di pacak dan di serongkan ketepi.
Pakaiannya di beli dari stor lelaki.

Jalan kemana sentiasa bertopi.
Berkacamata hitam bertangkai putih.

Beraut wajah putih berseri.
Berpewatakan seperti lelaki.

...

Salah pandang.
Dia sama dengan golongan berjambang.
Cuma lagi hensem dan lebih matang.

...

Kehebatan dia ini bukan dari mata turun ke kaki.
Tapi para perempuan rupawan yang berada di tepi.

Kebijaksanaan ketika menambat dan menjaga hati.
Akhirnya berjaya miliki permaisuri yang berchaya seri.

Ada yang heret kembar si pramugari.
Tak kurang juga yang naik kereta ferari.

...

Hujung minggu lepak sama.
Masing-masing bawa permata indah.

Yang sendiri tetap ikut sama.
Sambil jeling-jeling mencari mangsa.

Berasap berjimba ikut suka.
Balik tengah subuh berembun shisha.

...

Lihat saja di ibu negara.
Ada banyak port yang boleh di jumpa.

Cuma kena pandai jaga.
Nanti salah langkah masuk penjara.

Sebabkan jalan cerita yang salah.
Akhirnya akan membawa padah.

...

Ini bukan cakap bohong.

Jangan kalian terlopong.

Rajinkanlah meneropong.

18 February 2011

Perhentian Menunggu Mantan.


Sayang,
Sudah aku khabarkan pada kamu.
Aku akan menunggu sampai akhir waktu.
Sekarang aku bersama mantan lain yang kecundang itu.
Sedang menuju ke perhentian itu.
Di mana kami yang di mantan masih tetap menunggu.
Menunggu cinta dahulu dari kamu.

Sayang,
Sudah berbulan-bulan aku di perhentian itu.
Sahabat mantan lain sudah pun kembali gembira seperti dulu.
Tak kurang juga yang menangis tersedu-sedu.
Ada yang mati di situ.
Sudah tewas untuk tunggu mantan yang mereka mahu.
Kini,
Tinggal aku sendiri di situ.
Masih mahu menunggu kamu.
Walaupun di perhentian itu sekarang hanya ada aku.
Betapa sunyinya hatiku.
Namun untuk kamu aku sanggup begitu.
Duduk seorang diri bersama gambar kamu.
Mata meliar menanti ketibaan kamu.
Bersama pakaian lusuh.
Oh ya, nanti lepas kamu datang baru aku tukar baju.
Sebab nanti kena wangi-wangi depan kamu.

Aku menunggu dan terus menunggu.
Setiap malam aku bersengkang mata.
Takut kamu tiba masa aku sedang lena.
Tapi sampai sekarang kamu belum tiba.
Tapi sampai sekarang kamu belum ada.

Sayang,
Sampai bila harus begitu ?
Kamu memang sudah tidak mahukan aku ya?
Tak apalah.
Aku tetap akan berada di perhentian itu.
Tetap mahu menunggu kamu.
Sampai kamu mahu dan datang kembali padaku.
Walaupun mungkin pada masa itu aku sudah lesu.
Selesuh jiwa aku menunggu kamu.

12 February 2011

Aku lepaskan Kau Sayang :)

Aku lepaskan Kau Sayang :)


Aku takut mahu berbicara.
Aku takut mahu ungkapkan.
Walaupun aku masih belum ada kekuatan.
Walaupun sudah lama aku kau lepaskan.
Dengan segala nikmat kehampaan.
Aku kumpulkan menjadi kekuatan palsu.
Dengan segala nikmat kesakitan.
Aku kepilkan menjadi kekuatan plastik.
Kau tahu ke yang aku tipu kau ?
Aku tipu kau, aku terima permintaan kau untuk putus dengan aku.
Itu semua dusta . Hati aku menangis mengiyakan permintaan kau.
Aku berjimba, bergila untuk cuba lupakan kau.
Sebelum aku lebih parah.
Sebelum aku gila.
Sebelum aku terlupa.
Aku minta maaf.
Halalkan apa yang patut.
Jangan kalut dan jangan takut.
Aku bukan mahu kau kembali dengan aku, itu semua mengarut.
Aku lepaskan kau sekarang.
YA, baru sekarang.
Dengan hati terbuka dan duka.

Kau kerat jiwaku

Sakit Sayang!
Ini sudah terlalu sakit bagi aku.
Kau tak merasa semua itu kan, sebab kau sedang bergembira bersama dia.

Sakit Sayang!
Setiap detik kau di ingatan.
Setiap masa kau bertandang.
Setiap tidurku kau ku mimpikan.
Walaupun kau tak pandang.
Tapi kau tetap datang.
Walaupun kedatanganmu menambahkan kesakitan bila aku bangun.
Tapi aku suka, aku gembira, kau masih wujud dalam mimpi malang itu.

Sakit Sayang!
Aku cuba untuk tidak memandang kau setiap kali kita di temukan.
Aku cuba jadi HIPOKRIT apabila kau aku terlihatkan.

Tapi.
Aku kalah, aku tewas sayang.
Mata aku tetap mahu pandang.
Jiwa aku terus memberontak mahu bersembang.
Hati aku berdegup kencang.
Badan aku lemah bukan kepalang.
Rasa mahu peluk kau di situ juga sayang.
Akan aku katakan betapa aku rindukan seluruh jiwa kau sayang.
Parsetankan mata orang yang memandang.
Yang aku tahu aku cuma mahukan kau! sekarang.!

Sakit Sayang!
Aku tak dapat buat seperti yang si hati dan si jiwa mahukan.
Kalau aku mati sekarang mungkin aku akan selalu bertandang.
Menjadi hantu kecundang menziarahi dan menjaga kau hingga di hitungkan.

12 January 2011

Sayang!


Sayang,
Kenapa kau begitu.
Sudah berubah dengan aku.
Kenapa kau tidak mahu.
Melayan aku sama seperti sahabat kau.
Kenapa harus kau pinggirkan aku.
Seperti aku ini musuhmu.

Sayang,
Kau tahu bukan aku masih sayangkan kau.
Kau tahu bukan aku sentiasa rindukan kau.
Aku tahu kau tahukan semua itu.
Tapi kau sudah tidak ambil peduli pasal aku.

Sayang,
Mungkin ini semua kesilapan besar aku.
Aku biar rasa sayang aku lebih dari itu.
Aku hormat pemintaan kau.
Cuma satu yang aku mahu.
Tolonglah jangan dingin dengan aku.
Aku rindukan hubungan persahabatan seperti dulu.
Saat semua belum di racuni dengan cinta aku.