29 March 2013

Kesal.

Rupanya selama ini,
Aku antara mereka yang terpaling jarang sekali bergayut macam manusia.
dan ada pun cuma perbualan pendek di antara sang anak dan emak abah.

Kalau la engkau tahu betapa bosan dan sunyinya jadi seorang macam aku.

Maaf.
Tapi aku tak perlukan seorang cikgu mahupun sesiapa untuk nasihati aku.

Rasa kita tak sama,
Situasi kita berbeza.

Dan jalan cerita aku luar dari kebiasaan biasa.

12 March 2013

Momen.

Hatta yang aku rasakan ini rindu ,
Tapi dibalasnya " peduli apa aku! "

21 February 2013

Bangkit.

Sahaja aku bangkit dari kecewa ,
Kerana Tuhan bukan perempuan.

19 February 2013

Pecah.

Sejak aku kehabisan kata untuk meluahkan,
rindu ku kepada perempuan yang tak mahu.

Aku lebih banyak habiskan masa dengan mendiam diri.
Pujuk hati.

Mungkin setahun lebih masih tidak cukup,
untuk cantumkan semula hati yang pecah.

10 February 2013

Emosi.

Hantu rindu sedang masuk dalam hati aku pelan pelan, 
Merasuk sisa sisa jiwa aku yang  lemah dan beremosi.

Nampaknya hati dah tak makan pujuk rayu dan tipu helah aku.

Digutnya aku.

Katanya, hati tidak mahu yang baru.
Hati masih rindu akan dia yang dulu.
Jangan pernah berani cari pengganti.

Kerna hati berjanji, pasti akan bikin yang baru itu tersiksa nanti.

01 February 2013

Pokok rindu.


Sejak aku siram benih bosan ni dengan air sunyi setiap hari ..  
Akhirnya tumbuh pokok rindu yang mencanak keluar dari hati.

31 January 2013

Plan B.

Hello Februari ?

Kemonlah beb, tolong berani sikit. jangan jadi ranap macam Januari!
Perempuan di atas langit tak akan jatuh bergolek kalau kita tak jolok.

Ayuh,

Cari kayu!

Tapi, 

Kalau tak jumpa kayu penjolok, aku nak guna lastik.
Maksud aku, kita lastik perempuan tu sampai jatuh!

24 January 2013

Sesat di jalan terang II.

Aku sendiri pun rindu diri aku yang dulu.

Sunyi aku ni, dah makan aku.
Aku benci jadi macam begini.

Maafkan aku.

17 January 2013

Hilang.

Aku benci lihat benda bodoh yang tak sepatutnya terjadi dalam hidup aku.

Semalam, aku ketawa dan hampir menangis sebab rindu --
Rupanya bila aku kehilangan kau, aku juga akan hilang aku.

15 January 2013

Pasrah.

Di pembaringan ini,
Aku mematikan diri.

Di biar darah rindu mengalir habis -
Dan menangis kontang tanpa belas.

Sesungguhnya dia bukan untuk ku.

12 January 2013

Rindu.

Sampai tiba satu tahap, kau rasa penat.
Penat tipu hati sendiri .

Tuhan,
Aku rindu dia. tolong jagakan hatinya !

10 January 2013

Sunyi.

Aku harap ada perempuan yang rela panjat langit sekarang,
dan terjun.

Aku akan sambut di bawah dengan berahi yang mencanak !

06 January 2013

A thousand years.

Sedikit sebak ,
Hampir terjun katil sebab tersedih.

Barangkali kerna aku paku lagu ini,
Bersama memorinya dia di dinding.

Setahun sudah masa berlalu,
''A thousand years'' aku perlu.

Tunggu, sampai jasadku kaku.

05 January 2013

Biar aku.

Amboi,
Lain macam aje rindu malam ini.

Baca nama kau aje sudah bisa bikin hati aku merintih.
Apatah lagi dengar lagu lagu kau di youtube sana hah.

Janganlah marah aku sebab tak reti nak lupakan kau.

Aku rindu, aku diam aje kan ?
Pernah aku bilang sama kau ?
Lainlah kalau kau curi curi masuk sini, baca sembunyi.

Tak apa.
Aku suka cara kau yang sekarang ini, yang tak peduli.
Kalau mahu tunggu kau peduli, tunggu ada mende la.

Macam itu hari,
Bayangkan aje betapa gembiranya hati itu hari,
bila dapat mesej kau walaupun berbunyi maki .

Sayang, hati aku ini kalau sudah namanya rindu,
biar kau kasi mesej maki berkali kali tetap aje dibacanya wangi !

04 January 2013

Balakarma.

Mahu yang tak mahu,
Tak mahu yang mahu.

Merindukan perempuan yang tak mahu..
Dan membiarkan perempuan yang mahu.

Errrr, Ini bala.
Atau karma ?

03 January 2013

Air mata.

Masih jatuh untuk perempuan yang sama di tahun 2012.

Sungguh,
Tak tipu.

26 December 2012

Setan.

Malam-malam begini sepi pula,
Angin kuat semalam juga mati.

Kenapa bisa begitu ?
Mana semua hantu ?
Anjing yang biasa melolong juga siapa yang bunuh ? 

Setan.

25 December 2012

Yellow Superman.

Good Luck !

Itu saja, tak boleh lebih.
Nanti kekasih kau marah.

You,
Ex .

24 December 2012

Hutang.

There's not a single day goes by that I dont think of you shittheart.
The kindness and the love you showed to me in everything you do.

Thanks,
But please waiting on Karma to you pay back my debt.

22 December 2012

Hiatus.

Sewaktu Hiatus,
Aku di ganggu hantu rindu dan benci.

Sudahnya aku kurung hati dalam laci.
Aku mengerti , aku tahu engko sunyi.

Aku ini tuan mu ---
Aku juga mahu dia.
Dan mahu kita sama!

Tapi,
Dia sudah tidak mahu kita, mengerti ?