11 December 2013

Maaf.

Maaf.
Aku memilih untuk pergi,
Menjauh dan membenci,
Berdiam diri dan berhenti.

Maaf.
Siapa yang engkau cari ?
Aku ?

Maaf,
Aku yang semalam sudah pun mati.

29 October 2013

Harapan.

Seorang manusia yang hidupnya tanpa Harapan hari ini, tidak la akan mati esok harinya kecuali jika ajalnya sudah tiba.

Atau mungkin juga Harapan itu yang membunuh manusia, sebenarnya ?

Manusia mati dibunuh Harapan .


27 October 2013

God bless.

Nampaknya aku masih belum bisa lari daripada untuk tidak menulis tentang perempuan-perempuan manis yang melanggari janji.

Perempuan-perempuan prejudis yang bisa membohongi sesiapa pun yang pernah hadir di dalam pusingan kesengsaraan mereka.

Semoga Tuhan merahmati, kalian.

22 October 2013

Kau, mahu tahu ?

Sebenarnya, masih ada cinta di dalam hatinya tetapi dia berusaha untuk tidak lagi menjahanamkan perasaannya sendiri.

Kerana dia tahu ;
Kamu yang seperti dulu tak akan pernah kembali.
Kerana dia tahu ;
Kamu yang seperti dulu sudah lama mati.

06 October 2013

F

Mungkin aku patut betul - betul berhenti.
Berhenti daripada buat perkara - perkara yang aku suka.
Atau, mungkin juga aku sudah hilang akal.
Atau mungkin juga kerna aku sudah gagal.

6 hari;
Perasaan itu datang kembali,
Dan seorang aku tewas lagi.

11 June 2013

Perempuan salah, yang jatuh dari langit.

I should let her go.
Walaupun hati hancur tapi terima kasih kerna jujur.

I’m not a quitter. I will not give up this easily, but ..
Aku tak mahu rodok rosakkan persahabatan kami.

I tried.

With every single strength left in me,
To save our friendship from sinking.

I tried.

Jadi sudahnya, aku akan ada di sini lagi, menulis ..
Coba pujuk hati sendiri dan puaskan kamu semua.

07 May 2013

Kabaret.


Dia punya merepek pagi - pagi buta gini mengalahkan kasanova
mabuk yang mati di tampar oleh perempuan perempuan kabaret.

06 May 2013

Aku.

Sikit sikit aku semakin tak reti untuk menulis di sini.
Banyak benda yang aku suka, entah hilang ke mana.

Barangkali juga, mungkin sebab aku sedang bingung dengan diri sendiri.
Apa yang aku mahu sebenarnya dan berkaitan masa depan yang kabur.

Mahu bercerita pasal para perempuan, tapi masih belum ada yang sudi jatuh dari langit.
Mahu bercerita pasal mantan, tapi mantan sudah sekian lama bahagia dengan yang lain.

Mahu bercerita pasal aku ? 

Lupakan,
Aku ini membosankan.

13 April 2013

Sampah.

Sejak aku memutuskan untuk hiatus,

Aku kini bertukar menjadi seorang yang membosankan,
Manusia kosong yang semakin hilang dari dunia gembira.
Yang sedang di tenggelami air mata bodoh setahun lebih.

Ini semua salah aku --

Aku patut cermin diri.
Aku ini cuma sampah.

Aku ulang,
SAMPAH.

29 March 2013

Kesal.

Rupanya selama ini,
Aku antara mereka yang terpaling jarang sekali bergayut macam manusia.
dan ada pun cuma perbualan pendek di antara sang anak dan emak abah.

Kalau la engkau tahu betapa bosan dan sunyinya jadi seorang macam aku.

Maaf.
Tapi aku tak perlukan seorang cikgu mahupun sesiapa untuk nasihati aku.

Rasa kita tak sama,
Situasi kita berbeza.

Dan jalan cerita aku luar dari kebiasaan biasa.

12 March 2013

Momen.

Hatta yang aku rasakan ini rindu ,
Tapi dibalasnya " peduli apa aku! "

21 February 2013

Bangkit.

Sahaja aku bangkit dari kecewa ,
Kerana Tuhan bukan perempuan.

19 February 2013

Pecah.

Sejak aku kehabisan kata untuk meluahkan,
rindu ku kepada perempuan yang tak mahu.

Aku lebih banyak habiskan masa dengan mendiam diri.
Pujuk hati.

Mungkin setahun lebih masih tidak cukup,
untuk cantumkan semula hati yang pecah.

10 February 2013

Emosi.

Hantu rindu sedang masuk dalam hati aku pelan pelan, 
Merasuk sisa sisa jiwa aku yang  lemah dan beremosi.

Nampaknya hati dah tak makan pujuk rayu dan tipu helah aku.

Digutnya aku.

Katanya, hati tidak mahu yang baru.
Hati masih rindu akan dia yang dulu.
Jangan pernah berani cari pengganti.

Kerna hati berjanji, pasti akan bikin yang baru itu tersiksa nanti.

01 February 2013

Pokok rindu.


Sejak aku siram benih bosan ni dengan air sunyi setiap hari ..  
Akhirnya tumbuh pokok rindu yang mencanak keluar dari hati.

31 January 2013

Plan B.

Hello Februari ?

Kemonlah beb, tolong berani sikit. jangan jadi ranap macam Januari!
Perempuan di atas langit tak akan jatuh bergolek kalau kita tak jolok.

Ayuh,

Cari kayu!

Tapi, 

Kalau tak jumpa kayu penjolok, aku nak guna lastik.
Maksud aku, kita lastik perempuan tu sampai jatuh!

24 January 2013

Sesat di jalan terang II.

Aku sendiri pun rindu diri aku yang dulu.

Sunyi aku ni, dah makan aku.
Aku benci jadi macam begini.

Maafkan aku.

17 January 2013

Hilang.

Aku benci lihat benda bodoh yang tak sepatutnya terjadi dalam hidup aku.

Semalam, aku ketawa dan hampir menangis sebab rindu --
Rupanya bila aku kehilangan kau, aku juga akan hilang aku.

15 January 2013

Pasrah.

Di pembaringan ini,
Aku mematikan diri.

Di biar darah rindu mengalir habis -
Dan menangis kontang tanpa belas.

Sesungguhnya dia bukan untuk ku.

12 January 2013

Rindu.

Sampai tiba satu tahap, kau rasa penat.
Penat tipu hati sendiri .

Tuhan,
Aku rindu dia. tolong jagakan hatinya !