Aku lepaskan Kau Sayang :)
Aku takut mahu berbicara.
Aku takut mahu ungkapkan.
Walaupun aku masih belum ada kekuatan.
Walaupun sudah lama aku kau lepaskan.
Dengan segala nikmat kehampaan.
Aku kumpulkan menjadi kekuatan palsu.
Dengan segala nikmat kesakitan.
Aku kepilkan menjadi kekuatan plastik.
Kau tahu ke yang aku tipu kau ?
Aku tipu kau, aku terima permintaan kau untuk putus dengan aku.
Itu semua dusta . Hati aku menangis mengiyakan permintaan kau.
Aku berjimba, bergila untuk cuba lupakan kau.
Sebelum aku lebih parah.
Sebelum aku gila.
Sebelum aku terlupa.
Aku minta maaf.
Halalkan apa yang patut.
Jangan kalut dan jangan takut.
Aku bukan mahu kau kembali dengan aku, itu semua mengarut.
Aku lepaskan kau sekarang.
YA, baru sekarang.
Dengan hati terbuka dan duka.
YA, baru sekarang.
Dengan hati terbuka dan duka.

10 comments:
kerna dia bernilai buatmu maka amat payah untuk kau buang..sama seperti aku...=(
KAN. Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh... HAHA
mia suke bce smua nukilan kmu.. indah..
HAHA. Bukan indah mia tapi sakit jiwa. BTW, terima kasih.
selalunya nukilan yang hadir dari hati itu indah..=)
dan.......dia akan tetap ada menjadi salah satu kenangan terindah dalam hidup..
Noura ~ YA. sebab itu hati kita.
Dreamer ~ Indah, hingga aku masih tergila-gila. Ya Tuhan :(
Kegilaan dalam kewarasan..
Betul.
Mang susa na lpaskn org yg kte tul2 syg.. =(
Post a Comment