12 February 2011

Kau kerat jiwaku

Sakit Sayang!
Ini sudah terlalu sakit bagi aku.
Kau tak merasa semua itu kan, sebab kau sedang bergembira bersama dia.

Sakit Sayang!
Setiap detik kau di ingatan.
Setiap masa kau bertandang.
Setiap tidurku kau ku mimpikan.
Walaupun kau tak pandang.
Tapi kau tetap datang.
Walaupun kedatanganmu menambahkan kesakitan bila aku bangun.
Tapi aku suka, aku gembira, kau masih wujud dalam mimpi malang itu.

Sakit Sayang!
Aku cuba untuk tidak memandang kau setiap kali kita di temukan.
Aku cuba jadi HIPOKRIT apabila kau aku terlihatkan.

Tapi.
Aku kalah, aku tewas sayang.
Mata aku tetap mahu pandang.
Jiwa aku terus memberontak mahu bersembang.
Hati aku berdegup kencang.
Badan aku lemah bukan kepalang.
Rasa mahu peluk kau di situ juga sayang.
Akan aku katakan betapa aku rindukan seluruh jiwa kau sayang.
Parsetankan mata orang yang memandang.
Yang aku tahu aku cuma mahukan kau! sekarang.!

Sakit Sayang!
Aku tak dapat buat seperti yang si hati dan si jiwa mahukan.
Kalau aku mati sekarang mungkin aku akan selalu bertandang.
Menjadi hantu kecundang menziarahi dan menjaga kau hingga di hitungkan.

6 comments:

Dreamer said...

dan........kesakitan itu takkan pernah hilang selagi hati dan jiwa mengizinkan~ *sigh

EDL said...

terlalu sukar di biarkan.

noura said...

adakalanya menikmati kesakitan itu terasa indah..biarpun payah...

EDL said...

bak kata ' sakit itu nikmat ? ' HAHA. Entah, penawar kesakitan aku cuma racun itu, ya dia.

noura said...

sampai menutup mata....

loveme said...

sedihnya rasa bila mencintai namun ditinggalkan.jiwa rasa tertekan.rasa macam nak mati.hingga tiada lagi yamh mampu ku mahu melainkan dia.cuma dia di mata.cuma namanya di bibir.cuma suaranya yang menemani halwa telinga.cinta.