22 March 2012

Sunyi itu seksi

Saudari yang mahu di mengerti.

Hampir seluruh hari aku ada saudari.
Kadang kadang aku marah diri sendiri.

Perlukah aku yang rasa semua ini ?
Bagaimana pula saudari ?
Pernah saudari rasa seperti aku ini ?

Sakit saudari.
Terlalu sakit bila terpaksa bertarung dengan perasaan sunyi.

Mahu saja aku pergi angkat kaki.
Namun aku bukan manusia keji.
Aku tak kuat untuk lari dari semua ini.
Kerana aku pasti , aku akan cari saudari lagi.

Saudari yang aku rindui.

Pada ketika aku taip ini.
Aku sedang tahan hati.
Berusaha untuk tidak kematian lagi.
Aku ikutkan semua yang saudari mahu aku patuhi.

Aku sombongkan diri.
Aku senyapkan jari.
Aku betul betul letih.

Saudari.

Andai suatu hari nanti.
Aku menyepi.
Ingatlah dan simpan dalam hati.
Aku bukan pergi bawa diri.

Tapi ....
Aku tunggu saudari.
Carilah aku di setiap sudut persegi.

Aku pasti akan muncul kembali.

14 March 2012

Poligama

Ini poligama versi rare.
Di mana pemain wataknya cuma dikalangan kami kami.
Yang lebih kepada kongsinya falsafah bodoh yang sama.
Yang asalnya cinta itu cuma ada untuk seorang wanita.
Dan yang kononnya jadi pak sanggup untuk didua dan mendua.

Bagaimana hidupnya kami kami ini di samping orang ketiga ?
Begini jawapan kami kami kepada yang bertanya.

Pastikan kesihatan kauorang bersikap sempurna.
Tak ada masalah kronik yang boleh meragut nyawa secara tiba tiba.
Nanti bertambah masalah kami kami untuk menguruskan jenazah.

Itu belum lagi disentuh soal hati.
Yang sebelum sebelum ini memang sudah mati.

Hancur.
Lebur.

Siang malam makan hati.
Pagi petang makan diri.

Semua kesakitan yang bersarang dibiar, dipendam, sorang sorang.
Mahu dibangkang, risau tersilap jalan.
Jika diteruskan, setiap masa makan dalam.

Rumit.
Bukan senang untuk menghalalkan hubungan macam kami kami.
Tapi cuma itu saja pilihan yang ada buat waktu ini.

Semoga Tuhan tunjukkan jalan.

Wad Gila

Semalam .

Dia tumbuk cermin pentri, berharap ratik ratik cermin masuk dalam kulit daging.
Dia terjun dari sinki, berharap kepala pecah di mamah bumi.
Dia baring atas lebuh raya, berharap jasadnya bersepah putus tiga.
Dia menjatuhkan diri dalam kandang singa, berharap jadi makanan yang betina.

Hari ini .

Dia buka mata, tubuhnya dipasung.
Mulutnya di sumbat kain.
Kelihatan sekujur tubuh samar samar sedang berdiri di depan.
Giat menyeka air mata yang tumpah dengan sapu tangan.

Siapa orang itu ? Di mana aku ?

Dia sedang keliru, celaru.
Tidak tahu apa yang berlaku.

Badannya digoncang sekuat mungkin.
Barang barang jatuh berselerakan.
Muncul lelaki lelaki bersusuk sasa.
Mematikan kudratnya yang ada.

Terasa sesuatu sedang menyucuk lehernya.
Sakit lalu mengalirkan cecair laju.

Dia semakin lemah.
Pandangan semakin hitam.

Celaka cairan itu.
Jasadnya kembali layu.
Kaku sekaku kayu.