14 March 2012

Poligama

Ini poligama versi rare.
Di mana pemain wataknya cuma dikalangan kami kami.
Yang lebih kepada kongsinya falsafah bodoh yang sama.
Yang asalnya cinta itu cuma ada untuk seorang wanita.
Dan yang kononnya jadi pak sanggup untuk didua dan mendua.

Bagaimana hidupnya kami kami ini di samping orang ketiga ?
Begini jawapan kami kami kepada yang bertanya.

Pastikan kesihatan kauorang bersikap sempurna.
Tak ada masalah kronik yang boleh meragut nyawa secara tiba tiba.
Nanti bertambah masalah kami kami untuk menguruskan jenazah.

Itu belum lagi disentuh soal hati.
Yang sebelum sebelum ini memang sudah mati.

Hancur.
Lebur.

Siang malam makan hati.
Pagi petang makan diri.

Semua kesakitan yang bersarang dibiar, dipendam, sorang sorang.
Mahu dibangkang, risau tersilap jalan.
Jika diteruskan, setiap masa makan dalam.

Rumit.
Bukan senang untuk menghalalkan hubungan macam kami kami.
Tapi cuma itu saja pilihan yang ada buat waktu ini.

Semoga Tuhan tunjukkan jalan.

2 comments:

Dreamer said...

Tersenyum sendirian memahami

EDL said...

Semoga Tuhan tunjukkan jalan.