19 July 2012

Dear Ex

I try to hold on.
But it hurts too much.
I try to forget.
But it's not enough to make it all okay.

You broke me.
Now I can't feel anything.

18 July 2012

Selamat Ulang Tahun

Sepatutnya ulang tahun kali ini aku ada bersama famili.
Potong kek sama sama.
Kecil kecilan saja.

Semuanya sudah di atur rapi.

Tapi tak menjadi.
Kerna aku terpaksa keluar dari rumah.

Dan Alhamdulillah.
Pada, 17 Julai 2012.


Aku raikan diri sendiri,
Bersama sepotong kek Secret Recipe dan semangkuk maggi.

Selamat Ulang Tahun,
EDL !

Dan kau tetap sama, single di hari jadi. Kahkahkahkahkah !

16 July 2012

Karma II

Karma,
Terpulang pada kau untuk percaya.

Malah,
Aku tak doakan kau untuk Karma.
Tapi aku mohon agar kau dijauhi.

Kalau boleh biar aku saja yang tanggung celaka itu sendiri.
Berlawan dengan sakit hati.
Merayu rayu pada benci.
Agar tidak menyalahkan kau dalam hal ini.


Biar perit,
Aku belajar untuk bangkit.
Sikit sikit.
dan berserah pada ketentuan Pencipta langit.

15 July 2012

Hii

Tenang,

Bila kau lihat kami berdua duaan,
Janganlah kau serong serongkan.

Kau juga dengan dia, dah khawin belum ?
Kami lihat dah macam laki bini, lebih lebih.


Heh.

13 July 2012

Siuman

Bersabarlah wahai hati.
Setan itu memang babi.
Bajakan sabar dalam diri.
Kikis semua rasa benci.
Bakar benci dalam api.
Pancungkan semua kenangan yang menjahanamkan.
Tanam dalam dalam.
Siramkan kubur mereka dengan ludah selamat jalan.
Moga esok kau makin siuman.

11 July 2012

Losing myself. Please find me

The pain is still there.
Every day because I know she’s happier without me.

Yet I’m still here, living, breathing,
And I’m still wondering why ---

Why am I still here ?
Why have I not killed myself ?

I’m waiting.
I’m waiting for someone to love me.
I’m waiting for the kind of person that would drop everything just for you.

But,
It’s all too late now.

The world is a lonely place.
Filled with liars and hypocrites.

People that only want shit for themselves and ---
Don’t care about another human being’s feelings.

10 July 2012

Otak Tauhu

Aku sedang berfikir di luar kotak.
Terus memproses sampai botak.
Gesel geselkan setiap fungsi otak.
Sampai semuanya retak.

Ah lantak !
Aku mahu teriak.
Aku mahu menyalak.
Sampai keluar anak tekak.
Biar anjing di sebelah sana pekak.

Dan ini,
Terasa jauh sialnya aku.
Di saat otak macam tauhu.
Asap berkepul kepul warna kelabu.
Bila di hembus ikut nafsu.
Terasa seperti perempuan seksi sedang senyum pada aku.
Datang peluk peluk tanpa baju.

Kahkahkah.
Maaf, beginilah bila kepala berat.
Terlalu banyak keduniaan yang di sumbat.

09 July 2012

Surat Untuk Mantan

Sayang,

Jiwa jiwa aku semakin reput.
Hati hati aku semakin kecut.
Otak otak aku semakin serabut.

Hari aku makin suram.
Pagi aku macam malam.
Aku cuba senyum.
Tapi manis lagi senyuman pondan.

Kau sentiasa aku perhatikan.
Walau tanpa jejak dan bayang.
Aku sentiasa ada baca dan pandang.

Sorang sorang.
Setiap malam.
Sampai pejam.

Sayang,

Kisah kita akan aku simpan.
Buat kenang kenangan.
Ingat pesan aku, ratusan kali aku ingatkan.
Aku masih ada di sini untuk kau seorang.

Cari aku bila kau perlukan bahu dan kawan.

07 July 2012

So Lucky Laki

Engkau patut,
Berhenti berangan menjadi Superman untuk menyelamatkan dia.

Dan engkau patut,
Bersyukur.

Sebab ?
Dia sudi tunjukkan engkau ,
Sifat celakanya yang bangang dengan sempurna.

Maka ketawalah,
Kerna engkau adalah insan terpilih, untuk di zalimi.

Kahkahkahkah !

06 July 2012

Padang Kota II

Jiwa,
Citarasa kau terlalu dasyat.
Ramai lagi perempuan yang boleh kau terpikat.

Tapi,
Kenapa dia ?

Iya, dia.
Dia yang juga sedang menunggu mantannya.

Hati,
Menyunting bunga yang dilayukan manusia bukan sesuatu yang mudah.
Kau perlu guna baja yang cukup cukup istimewa.

Jadi,
Pesan aku sebelum kalian hilang kewarasan mengejar dia.
Mahu yang tak mahu.

Cukup !
Berundurlah dari zone bahaya.
Nanti patah kalian lagi teruk dari yang sudah.

05 July 2012

Abandoned Mental

I lie here broken.
Drenched in blood.

My life in pools.
My soul a flood.
My heart is now my enemy.

With every beat, it's leaving me.

It hurts to breathe.
It hurts to cry.

My heart is open to the sky.
Emptying my ruined shell.

Each beat, eternity in hell.

04 July 2012

Padang Kota

Tak ku duga ,
Kau datang pada aku.

Perlahan lahan.
Samar samar --

Menyelit di celah celah jiwa yang berkecai.
Mengheret cahaya riang di dalam sangkar.

Tuhan ,
Aku mahu dia boleh ?

03 July 2012

Anak Anjing 2

'' dia mahu aku nyanyikan lagu 
melodi sepi saat diistihar mati ''

Konvensi mati begitu saja, tanpa apa apa balasan.
Sesungguhnya aku masih belum bersedia menerima hakikat yang bakal tiba.

Kesayangan,
Hari demi hari berlalu sepi.

Aku harap kau kuat di sana.

02 July 2012

Anak Anjing

Glioblastoma,

Terlalu asing untuk difahamkan kepala.
Jari menaip kencang terus ke google mencari makna.
 
What is glioblastoma? 

Glioblastoma (GBM) is a type of primary malignant ...............


Aku kaku seketika.
Perasaan sebak makin membungkus jiwa.
Perlahan lahan aku scroll ke bawah, baca ...



......... brain tumor. 
Glioblastoma is also known as grade 4 (IV) astrocytoma or Glioblastoma ...

Kejutan hebat tepat mengena dada.
Aku rasakan kehidupan berhenti dengan serta merta.
Masih terngiang ngiang di kepala.
Di saat aku mendapat perkhabaran itu dari dia ..

'' tidak sembuh pun tak apa tapi biarlah diberi ruang sikit lagi ''

Kesayangan.
Kau kena kuat ok ?
Kami di sini akan sentiasa mendoakan kesihatan kau.

Walau dari jauh,
Tapi Tuhan kita tetap Tuhan yang sama, Tuhan yang satu.
Semoga Tuhan mendengar dan memperkenankan doa kita semua. 


Amin.

01 July 2012

Tujuh

Hi July !

Boleh kau beraksi lebih ghairah daripada June ? ?
Sebab perempuan masih segan nak mengorat aku.