29 September 2012

Selamat Berbahagia

Baguslah kau dah bahagia sekarang.

Tak beritahu aku pun.
Sembilan bulan aku tunggu kau, tahu ?

Tapi tak apa la.
Nak buat macam mana kan.

Roboh juga hati aku bila dapat tahu tadi.

Hehehe.

22 September 2012

Buang

Kau perempuan yang senang.
Sekali buang, lain mendatang.

Tak macam aku.
Berkali kali di buang, masih tak ada yang datang.

Kesian , kan ?

20 September 2012

Selamat Hari Mati

Kau tahu hari ini hari apa ?

Hari ini ulang tahun kita.
Di mana kau dan aku pernah jadi satu.
Kita raikan sama sama, atas nama cinta.

Dan bezanya hari ini ialah,

Hari ini ulang bulan kita yang ke - 9.
Hari ini genap 9 bulan kau buang aku.

Kau hadiahkan aku kecewa yang paling bangsat.

Tapi aku tetap raikannya seorang diri.
Sampai mati pun aku akan ingat tarikh ini.

Terima kasih.

Tiada lagi kucupan indah di dahi.
Senyuman manis tanda di hargai.

Kerna ,
Semuanya ikut mati, bunuh diri !

Sayang,
Selamat Hari Mati.

Muahh.

16 September 2012

Perempuan

Hambui Rindu.

Dah masuk hari yang ke - empat dah ni.
Takkan masih menangis bawah meja kot ?

Sudah sudahlah tu , berhenti rindukan orang yang tak mahu !
Masih ramai lagi perempuan atas langit yang boleh kau lastik.

15 September 2012

Tewas bangang dengan sempurna

Dua hari aku cuba lawan.

Aku bertahan.
Aku berdiam.

Aku kuburkan, aku tanamkan segala perasaan.
Aku pujuk jiwa aku, hati aku yang semakin keterlaluan.

Dua hari aku kumpul kekuatan.

Walau dua hari itu tidur aku berselimutkan linangan air mata kerinduan.
Aku cuba untuk tidak meluahkan membebel macam pondan.

Malam ini kau muncul.

Semua perasaan yang berjaya aku kubur, aku tanam aku
pujuk supaya diam diam memberontak, keluar kegilaan.

Maaf, 
Aku kalah lagi.
Tewas bangang dengan sempurna.

Sesungguhnya kaulah perempuan yang masih aku sayang :')

13 September 2012

September

September,
Aku tak mahu menjanjikan kau gelak ketawa mahupun air mata.

Tapi ..
Aku akan cuba jadi yang lebih tabah dari lapan bulan yang sudah.

September,
Mungkin aku tidak perlu memasang harapan.
Tiada juga hasrat mahu miliki perempuan.


Cukuplah,
Biarlah semua badi ini kau buang dulu.

Bunuh dan bakar kalau perlu.
Seharusnya tak usah dipersoalkan lagi tingkah ku yang bodoh.

10 September 2012

Dosa

Usah merasa berdosa, yang salahnya aku.
Bukan kamu.