15 September 2012

Tewas bangang dengan sempurna

Dua hari aku cuba lawan.

Aku bertahan.
Aku berdiam.

Aku kuburkan, aku tanamkan segala perasaan.
Aku pujuk jiwa aku, hati aku yang semakin keterlaluan.

Dua hari aku kumpul kekuatan.

Walau dua hari itu tidur aku berselimutkan linangan air mata kerinduan.
Aku cuba untuk tidak meluahkan membebel macam pondan.

Malam ini kau muncul.

Semua perasaan yang berjaya aku kubur, aku tanam aku
pujuk supaya diam diam memberontak, keluar kegilaan.

Maaf, 
Aku kalah lagi.
Tewas bangang dengan sempurna.

Sesungguhnya kaulah perempuan yang masih aku sayang :')

3 comments:

Felly Sophia said...

Kalau begitu, memang perasaan tu masih utuh.

Perasaan yang kau sendiri masih sukar mahu atasi.

Mia said...

dalam diri kau , masih punya ruang untuk dia , bukan ?

Aing said...

memeng ko dh ditakdirkn selamanya untk tewas..kamon lah babeh !