30 October 2012

YNWA? LIAR !

Barangkali aku tidak layak merasa bahagia ,
Menceritakan bahagia di sini seperti mereka.

Walhal,
Blog ini dulu aku semai hasil kekecawaan lampau.
Benihnya dari jenis putus cinta.
Kemudian akarnya menjalarkan ranap dan kecewa.
Batangnya tidak sesegak orang bahagia.
Malah bila di tiup angin, terus rebah.

Kasihan.
Mari, kita ketawakan dia sama sama.

29 October 2012

Sonia.

Kau datang tanpa dirancang.
Sikap kau, buat aku senang -

Tapi aku lupa, 
Aku bukan seperti dia.
Bukan macam mereka.

Jadi aku terus terang.
Semuanya sumbang -

Dan,
Kita makin pincang -
Kau buat aku hilang.
Rindu sorang sorang.

Sonia, Maafkan aku.
Bukan senang untuk aku mimpikan perempuan baru,
Lepas dia tinggalkan aku menunggu sendirian di situ.

Aku sayang kau Sonia.
Mungkin lebih dari itu.

Maafkan aku.

Izinkan aku --
Memperbetulkan segala ketelanjuran rasa bodoh ini.
Agar sama seperti melodi yang pernah kita lalui dulu

Bisa.

Tapi,
Mungkin tak akan sama.

21 October 2012

Muahhh

Selamat hari kematian hati, sayang.

Sepuluh bulan berlalu,
Dan aku masih sendiri.


Jaga diri.
Ok ?

Muahhh!

20 October 2012

Yassin #2

Yassin,

Bacaan yang pertama, lancar. 

 
Dan aku ulang untuk yang kedua kalinya, 

Lalu air mata jatuh , aku tahu aku gagal.
Gagal kawal rindu pada arwah.
Ya Tuhan, sungguh ! aku rindu.

19 October 2012

Al Fatihah, 1105/Jumaat.

Dan --

Aku masih begini ,
Basah berair mata.

Saya sayang Nek Wan, saya.
Al Fatihah .

18 October 2012

Melodi sepi untuk, Nek Wan

Saat ini ,
Sedang malaikat Izrail menghampiri.
Menunggu waktu engkau untuk pergi.

Aku masih di sini , di seberang laut ini.
Menadah tangan pada Tuhan ya Rabbi.
Mohon di beri kesempatan untuk sekali.
Cium jasad engkau saat diishtihar mati.

14 October 2012

Mahu ketawa atau menangis ?

Sedang aku bersemangat untuk bangkit.
Dan menjadi seorang aku yang hipokrit.
Hadap realiti dan hakikat dimantankan.

Tuhan kirimkan aku pesan dari langit.
Isinya sakit. 

Aku kaget !

Hampir terjun katil dan bersembunyi bawah meja.
Tapi penyapu tampo pipi aku , berbilar satu muka.

Dengan nada pujuk,
Kerusi menyampuk.

'' Hi Tuan kami, sudah lama kau bersedih. Bangun ''

Dan aku masih lagi binggung.
Mahu ketawa atau menangis?

13 October 2012

08 October 2012

Anak Muda

Anak muda,

Ke mana kau mahu lari ?
Masalah ini tak akan selesai jika kau terus terusan begini.

Nanti, Jangan lari lagi.
Kau harus hadap semua ini.
Bukan bersembunyi di dalam almari.

Anak muda,

Kesiankan hati yang kau kurung dalam laci.
Menangis nangis minta simpati.
Hati langsung tak bersalah dalam hal ini.

Dia sendiri yang mahu pergi.
Dia sendiri yang minta pergi.

Sudahlah, usah bersedih lagi!

06 October 2012

Sayang, sayang

Hi.

Begini, di setiap benda yang aku pernah buat dengan kau,
aku pasti akan teringat di masa sekarang.

Sebab itu aku kurang gemar untuk buat benda yang akan mengingatkan aku pada kenangan kita.

Tapi aku sedikit hairan dan terkilan la.

Bagaimana kau boleh ulang semua perkataan dan perbuatan yang kau pernah kasi pada aku dulu itu pada orang lain ? Bagaimana ?


Hebat betul kau ini.

Barangkali juga semua yang pernah kau beri pada aku itu dulu,
sama dengan yang pernah kau bilang pada ex kau terdahulu?

Sayang, sayang ..

04 October 2012

Huh ?

Hidup bertambah rumit sekarang.
Kau buat aku rasa semakin teruk.

Tolong pergi,
Kalau adanya kau di situ cuma tahu menyakitkan hati.

Tak usah cari aku.
Tak usah cari aku.
Tak usah cari aku.

Ingat ya,
Jangan biar aku tulis dengan benci.

Nanti isinya maki!