Anak muda,
Ke mana kau mahu lari ?
Masalah ini tak akan selesai jika kau terus terusan begini.
Nanti, Jangan lari lagi.
Kau harus hadap semua ini.
Bukan bersembunyi di dalam almari.
Anak muda,
Kesiankan hati yang kau kurung dalam laci.
Menangis nangis minta simpati.
Hati langsung tak bersalah dalam hal ini.
Dia sendiri yang mahu pergi.
Dia sendiri yang minta pergi.
Sudahlah, usah bersedih lagi!
2 comments:
Sudah lah hati. Jangan degil lagi.
Kasihan tuanmu.
anak muda, sampai bila ko harus begini?
Post a Comment