Saudari yang mahu di mengerti.
Hampir seluruh hari aku ada saudari.
Kadang kadang aku marah diri sendiri.
Perlukah aku yang rasa semua ini ?
Bagaimana pula saudari ?
Pernah saudari rasa seperti aku ini ?
Sakit saudari.
Terlalu sakit bila terpaksa bertarung dengan perasaan sunyi.
Mahu saja aku pergi angkat kaki.
Namun aku bukan manusia keji.
Aku tak kuat untuk lari dari semua ini.
Kerana aku pasti , aku akan cari saudari lagi.
Saudari yang aku rindui.
Pada ketika aku taip ini.
Aku sedang tahan hati.
Berusaha untuk tidak kematian lagi.
Aku ikutkan semua yang saudari mahu aku patuhi.
Aku sombongkan diri.
Aku senyapkan jari.
Aku betul betul letih.
Saudari.
Andai suatu hari nanti.
Aku menyepi.
Ingatlah dan simpan dalam hati.
Aku bukan pergi bawa diri.
Tapi ....
Aku tunggu saudari.
Carilah aku di setiap sudut persegi.
Aku pasti akan muncul kembali.
14 comments:
4 tahun berlalu. Masihkah?
4 tahun yang tiada kesudahan dan dia mungkin sudah bahagia bersama orang lain.
Dan kamu?
Masih begini,
Sendiri,
Tercari-cari entah apa.
Sama2lah kita mencari.. ☺️
Sampai kapan ?
Sampai jiwa hidup kembali.
Kemudian mati semula.
Setiap episod hidup kita berlainan rasanya.
Semestinya, kalau sama menguap bosan.
Hi.. Boleh kita berkenalan?
Boleh, tak ada masalah.
Bagaimana?
Post a Comment